Home Artikel PAS Melaka

JPrD PAS DUN Machap Edar Sumbangan Diterima Dari Japerun

521
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH : JPrD PAS DUN Machap mengedarkan kit sumbangan makanan rakyat terjejas Covid-19 yang diterima dari Japerun Dun Machap di sini semalam.

Sumbangan diagihkan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin bersama dengan Setiausaha Jabatan Pilihanraya (JPrK) PAS Alor Gajah, Shamsul Bahrin Mohd Saad dan beberapa orang lagi petugas.

Menurut Syahbudin semua kit tersebut diagihkan kepada orang ramai yang memerlukan tanpa mengira mereka datang dari parti mana.

“Kita tidak memandang mereka dari parti mana. Semua kita bagi. Yang penting mereka layak menerimanya.” Ujar Syahbudin.

Menurut beliau lagi proses agihan ini juga mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan dipantau oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syahbudin turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Japerun DUN Machap, terutama kepada YB Datuk Ghaffar Atan dan Penyelaras Dun Machap Datuk Rospandi Leman atas sumbangan kit makanan ini.

Terdahulu Shamsul mewakili JPrD PAS DUN Machap telah menerima semua kit bantuan tersebut dari pihak Japerun DUN Machap untuk agihan ini.