Home Berita PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN

869
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan  bahawa  8,000 orang penduduk dari lebih 20 taman perumahan di sekitar kawasan Sendayan diarahkan menjalani saringan COVID-19 dan menjelaskan hanya mereka yang diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sahaja perlu menjalani saringan COVID-19.

2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan kesahihan aktiviti pengumpulan maklumat peribadi orang ramai yang dijalankan oleh GC Berhad dan menjelaskan bahawa koperasi tersebut tidak berdaftar dengan SKM.

Pasukan Respons Pantas
KKMM
16 April 2020│9.00 Pagi  

Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKNN)


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.

Editor Wartawan Rakyat Melaka