Home Artikel PAS Wilayah

Golongan Susah Rayu Sumbangan Golongan Berkemampuan

478
SHARE

Oleh NURUL NADIYAH

KAMPUNG PANDAN, 16 April – Pasukan Prihatin PAS Kawasan Titiwangsa meneruskan lagi misi PKP dengan menyampaikan sumbangan kepada 15 orang penerima dari Zon Pandan di Markaz Darul Ummah hari ini pagi tadi.

PAS Kawasan Titiwangsa mengambil inisiatif membeli barangan keperluan seawal 10.30 pagi dan menyampaikan sumbangan kira-kira jam 11.45 pagi.

Sumbangan disampaikan oleh Hedzer Ibrahim, Pengarah Jentera Pilihanraya, (JPRP) merangkap Ketua Zon Pandan, dengan dibantu oleh Hj Wan Zulkifli dan Mohamad Bakhtar,AJK PAS Kawasan Titiwangsa.

Para penerima sumbangan terdiri daripada pelbagai kaum, fahaman politik dan status kerakyatan. Namun, sumbangan tetap dihulurkan kerana nilai kemanusiaan dan menepati nilai ajaran Islam iaitu saling membantu dalam perkara kebaikan.

Barang-barang keperluan dapur dan pampers dikumpulkan di PASTI Hidayah dan Darul Ummah sebagai pusat pengagihan barangan.

PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan (PKPD), lebih-lebih lagi untuk persiapan Ramadan yang bakal tiba.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,

Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)

serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :

1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) En. Hedzer (019-2708639)

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.