Home Berita PAS Kedah

JPKK, masjid dan surau di Pendang terima peruntukan bernilai RM215.6 ribu

17
SHARE

Oleh ANA NAJWA

PENDANG, 20 Okt – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Ahli Parlimen Pendang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai memperuntukan bantuan bernilai RM215.6 ribu kepada empat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), tiga buah masjid dan dua buah surau di kawasan itu.

Wakil PKWR ADUN Tokai berkata, peruntukan bernilai RM40 ribu diberikan kepada JPKK yang terpilih iaitu JPKK Seberang Pendang, JPKK Majapahit, JPKK Chekong dan JPKK Penyarum.

“RM175.6 ribu pula diperuntukkan kepada masjid dan surau di sini, iaitu Masjid Kariah Kampung Gelong Gajah (RM30 ribu), Madrasah An Nur Al Islamiah (RM50 ribu), Masjid Sultanah Haminah (RM47.6 ribu), Surau Ar Rahman (RM20 ribu) serta Surau Nur Alfatihin (RM28 ribu).”

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim menyampaikan sumbangan berjumlah RM30 ribu kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Kampung Gelong Gajah.

“InshaAllah bantuan seumpama ini akan diteruskan malahan akan dipergiatkan lagi bagi mengurangkan beban golongan yang terkesan akibat pandemik.

Sama-sama kita jaga kita.” Ujar YB Datuk Awang Hashim menerusi laman facebook beliau.

Dalam majlis tersebut juga seramai 30 orang asnaf yang terdiri daripada anak-anak kariah yang memerlukan telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan.