Home Berita PAS Perak

Alkohol dan arak merosakkan tubuh badan dan mental

34
SHARE
Arak atau dalam bahasa Arab ‘khamar’ yang bermaksud minuman yang memabukkan.Islam secara tegas mengharamkan arak sejak 14 abad lalu. Nabi Muhammad SAW menyampaikan firman Allah SWT mengenai bahaya dan musibah meminum arak kepada orang kafir Quraish yang hidup dalam keadaan tidak bertamadun ketika itu.
Sesungguhnya, Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 – 91, mafhumnya: “Wahai orang yang beriman.
Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berkorban untuk berhala dan menenum nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan) itu agar kamu beruntung”.
Ketagihan arak juga boleh membawa perubahan metabolisme akal fikiran, organ hati dan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.Arak juga mengandungi etanol yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat.
Ianya boleh melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.
Apabila arak mula diminum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus. Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan.
Manakala sebahagian besar alkohol akan dimetabolisma oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing.
Kesan alkohol kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah seseorang itu. Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk.
Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang tindak balas gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran.
Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan “memory blackout” yang mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol.
Keburukan alkohol ialah ia boleh mempengaruhi prestasi atlet sukan?
Kajian juga mendapati antara keburukan alkohol ialah boleh mengganggu pertumbuhan otot kita.
Kajian juga menunjukkan bahawa alkohol boleh mengubah tahap hormon dan menurunkan kadar metabolisme kita. Ini bermakna ia mengganggu kemampuan tubuh badan kita untuk mengurangkan lemak pada tubuh badan.
Arak juga menjadi faktor jadual tidur yang terganggu dan boleh menjejaskan waktu tidur.
Tidur yang berkualiti sememangnya amat penting untuk pemulihan otot dan pembaikan tisu.Tanpa tidur yang mencukupi, tubuh badan kita tidak dapat berfungsi pada tahap yang optimum.
Dengan bukti kajian yang telah dinyatakan, jelas sekali menunjukkan bahawa arak bukan hanya menyebabkan prestasi seseorang atlet itu terjejas, tetapi juga fungsi badan manusia normal secara umumnya.
Ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita walaupun kita bukanlah seorang atlet.
Hady Azman
Pengarah DACS Perak