Home Rencana PAS Selangor

Sanah Helwah Ayah Chik Presiden PAS – BPPN Selangor

27
SHARE

May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎Sanah حلوف Helwah YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG 20 OKTOBER 1947 2021 "Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mendoakan mudah-mudaha Allah memberkati hidup dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus memimpin. Ikhlas daripada: BADAN PERHUBUNGAN PAS SELANGOR LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BARU Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor‎"‎‎

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Ayah Chik, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366H bersamaan 20 Oktober 1947, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau telah terlibat dalam politik sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar di sekolah menengah lagi.

Beliau mempunyai personaliti yang sangat hebat dan sangat dihormati oleh para ulama’ dalam negara bahkan juga dihormati dalam kalangan pemimpin dunia Islam.

Beliau juga merangkap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ahli Parlimen Marang, Mantan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (KUIS) dan Mantan Menteri Besar Terengganu Darul Iman.

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mewakili seluruh ahli PAS Negeri Selangor mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-74 dan terima kasih kepada Ayah Chik atas segala jasa dan sumbangan Ayah Chik kepada agama dan negara.

Semoga Ayah Chik diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus berjuang bersama-sama menegakkan agama Allah SWT.

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

[Surah Muhammad : 7]

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor