Home Berita PAS Kedah

JPKK sebagai wakil kerajaan perlu bersedia bantu rakyat

146
SHARE

Oleh AZMI YAHYA

MERBOK, 2 Mei : Seramai 24 JPKK di Dun Tanjung Dawai hadir ke Madrasah Zubaidiyyah, Merbok menerima sumbangan untuk di agihkan kepada yang layak. Sebanyak 168 pek barang keperluan diserahkan kepada JPKK.

Yb Us Hanif Ghazali Adun Tanjung Dawai berkongsi maklumat kerajaan negeri bersama JPKK berkenaan permohonan bantuan kepada rakyat
Dalam ucapannya “Peranan JPKK sebagai wakil kerajaan adalah untuk melihat permasaalahan yang berlaku di peringkat kampung di sudut bantuan bantuan yang layak diperolehi oleh rakyat.”.

“Permohonan boleh di ajukan kepada pihak penghulu untuk di bawa ke pejabat daerah dan tindakan selanjutnya akan diputuskan oleh pihak Pejabat Daerah”.ujarnya lagi.

Majlis berakhir dengan penyerahan barangan kepada 24 JPKK untuk diagihkan kepada mereka yang layak di kampung masing masing.

Turut bersama ialah Tuan Us Husni Zain Pengarah PKWR Dun Tanjung Dawai, Cikgu Abdul Samad Saleh Setiausaha PKWR Dun Tanjung Dawai dan Ajk PKWR Dun Tanjung Dawai.