Home Berita PAS Kedah

Asnaf disantuni ukhwah dipertaut

112
SHARE

Oleh AZMI YAHYA

MERBOK, 1 Mei : PAS Kawasan Merbok meraikan 25 asnaf di rumah Abd Rahim bin Saad di Kampung Permatang Perlis Pengkalan Bujang, Merbok.

Kerjasama JPKK Kampung Pengkalan Bujang, Pas Cawangan Pengkalan Bujang dan Umno Cawangan Pengkalan Bujang menambahkan lagi ikatan persaudaraan sesama insan dan dapat mempertaut hati demi islam.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Anuar Ahmad Ketua Umno Bahagian Merbok dan rombongannya.

Majlis berlangsung dengan ucapan Yb Us Hanif Ghazali Adun Tanjung Dawai, Us Azizan Hamzah Ydp PAS Kawasan Merbok, Taujihat dan tahlil oleh Us Shahmir Ismail Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Merbok.

Kata Yb Us Hanif Ghazali “Memandangkan keadaan covid 19 sekarang ini, kita di minta supaya dapat menjaga sop yang telah ditetapkan”.

Ucapan Us Azizan Hamzah “Bersyukur kepada Allah swt kerana dapat dilaksanakan program sumbangan kepada asnaf dan berbuka puasa.”

Menurutnya lagi ” program ini sudah lama dirancang dan kini dapat dilaksanakan di peringkat cawangan, antara Pas dan Umno dan moga moga ukhwah sesama kita bertambah kukuh”.

Sementara taujihat di sampaikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Merbok.Taujihat menyentuh tentang kepentingan penyatuan ummah dan perpaduan dalam islam. “Umat Islam mesti bersatu padu dengan berpegang kepada ajaran yang di bawa oleh nabi saw, Jangan berpecah belah. Bersatu membawa rahmat dan berpecah membawa bala yang menyebabkan kuasa politik akan diambil oleh musuh Islam” ujarnya.

Sementara tahlil di kendalikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Merbok Us Shahmir Ismail dan berbuka puasa serta solat maghrib berjamaah.

Turut hadir YDP Pas Kawasan Merbok Us Azizan Hamzah, Timbalan YDP Pas Kawasan Merbok Yb Us Hanif Ghazali, Setiausaha PAS Kawasan Merbok Hj Fathorahman Ahmad serta Ajk Pas Kawasan Merbok dan Pimpinan Umno Bahagian dan pimpinan Umno peringkat Cawangan