Home Berita PAS Kedah

JGM kenal pasti lima punca Aliran Puing di Gunung Jerai

121
SHARE

Yan : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dalam taklimat lawatan kerja bersama Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan harini menyentuh mengenai penemuan terbaharu 69 lokasi bencana tanah runtuh dan lima lokasi punca aliran puing di seluruh kawasan Gunung Jerai terutamanya di Titi Hayun dan Batu Hampar.

Dalam kejadian berkenaan, aliran puing dan runtuhan tanah telah mengorbankan enam penduduk tempatan dan merosakkan banyak infrastruktur awam, kediaman dan industri sekitar daerah ini.

Dalam masa yang sama, JGM kini sedang melaksanakan analisis penzonan zon berisiko tanah runtuh.

Ia bertujuan bagi menyediakan pengkelasan risiko serta modul kesiapsiagaan bagi pengurusan bencana untuk kegunaan agensi tindak balas dan tujuan pembaikan dan penyelenggaraan cerun-cerun berisiko untuk tindakan agensi teknikal khususnya JKR dan JPS.