Home Berita PAS Melaka

PAS Tangga Batu hantar sendiri bantuan mangsa banjir Yan Kedah.

149
SHARE

Oleh ANUAR IBRAHIM

YAN, 4 Sept: Rombongan PAS Kawasan Tangga Batu telah hadir sendiri ke kawasan bencana di sini, kelmarin, bagi menyampaikan sumbangan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS kawasan ini hasil sumbangan ahli dan orang ramai.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada NGO Khidmat Malaysia yang sedang bertugas dalam mengagihkan sumbangan dan membantu mereka yang terjejas.

Menurut Yang Dipertua PAS kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, rombongan ini berada di Kedah untuk membantu selain untuk melihat sendiri situasi bencana yang berlaku.

“PAS Kawasan Tangga Batu sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang terdiri daripada individu dan NGO Ukhuwah.

“Kami mendoakan agar segala usaha yang dilakukan ini diterima Allah sebagai amalan yang ikhlas, insya-Allah,” ujar beliau.

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Melaka menyampaikan sumbangan ini kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Ustaz Musaddak Ahmad dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Jamek Badlishah, Pekan Yan.

Penyerahan turut disaksikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat yang juga ADUN Sungai Limau.

Menurut Mohd Azam, usaha-usaha bantuan masih lagi diteruskan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan menyediakan makanan untuk mereka yang terjejas serta para sukarelawan yang bertungkus lumus membantu.

“Pada peringkat awal, kami menyediakan makanan bermasak, kepada 1,000 orang penduduk kampung dan petugas sukarelawan untuk 10 hari yang pertama di Markas Operasi Khidmat Malaysia.

“Terdapat lima tempat penyediaan makanan disediakan di Guar, Singkir Yan dan beberapa tempat bagi memastikan tiada mangsa yang tercicir,” ujar beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Sementara itu, imam masjid ini, Ustaz Ahmad Fadzil Rukunudin, banjir yang berlaku memberi kesan yang besar kepada masyarakat setempat.

“Di kawasan masjid juga air naik sehingga ke anak tangga yang ketiga, namun begitu tidak memasuki ke ruang solat utama,” ujar beliau.

Tinjauan WARM yang turut mengikuti rombongan PAS Tangga Batu ke tempat kejadian mendapati banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan Titi Hayun yang telah mengakibatkan kerosakan di Chalet yang terletak di kaki Gunung Jerai tersebut.

Meskipun ketika itu hanya hujan renyai, namun orang ramai dilihat mengambil langkah berhati-hati kerana aliran air masih deras dan banyak pokok-pokok tumbang yang berada di kawasan kejadian.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.