Home Berita PAS Melaka

Jentera pilihan raya PAS telah diarah buat persediaan – Bahiki

293
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 7 Okt: Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) PAS Melaka, Bahiki Ismail berkata, arahan agar jentera pilihan raya parti itu bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah pun dikeluarkan untuk semua peringkat.

“JPRN telah mengarahkan semua jentera pilihan raya PAS Melaka di semua peringkat untuk membuat persediaan dan mengambil langkah-langkah yang perlu.

“Dan kita sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mungkin berlaku dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sambil menyifatkan semua yang berlaku ini sebagai mengejutkan, namun jelas Bahiki, jabatannya itu akan terus bersiap sedia dengan lebih mantap jika PRN itu dilaksanakan.

“Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Melaka semenjak dahulu, selepas PRU14 telah pun menggerakkan jentera bagi menghadapi PRU15

“Maknanya persediaan awal tu dah ada, tapi kita akan bersedia untuk menghadapi PRN ini dan apa sahaja kemungkinan. Sebab PRN ini pilihan raya negeri, kemungkinan akan melibatkan (jentera) dari luar juga.

“Dan kita bersedia untuk menghadapi apa sahaja keadaan yang ada seperti yang disebut oleh PAS Pusat itu,” ujar beliau ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pada Khamis.

Tambah Bahiki, pihaknya juga turut melahirkan kerisauan apabila PRN ini diadakan dalam suasana pandemik Covid-19 masih belum reda.

“Namun jika PRN ini berlaku kita akan cuba sebaik mungkin melaksanakan tanggungjawab ini, menggerakkan jentera dan mematuhi segala SOP seperti yang telah digariskan oleh pihak ditetapkan Kementerian Kesihatan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media khas di Seri Negeri, pada Selasa memaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri telah bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Proklamasi Pembubaran Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 diwartakan pada Selasa, 5 Oktober 2021.

Pembubaran ini adalah susulan daripada sidang media yang dibuat oleh ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron bersama dengan tiga lagi ADUN pada Isnin yang menyatakan hilang sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.