Home Berita PAS Sabah

PAS Papar serah sumbangan pelajar ke Mesir

34
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin

PAPAR: PAS Papar berkunjung ke rumah Fariha Norakma bagi menyerahkan sumbangan wang tunai untuk perbelanjaan ke Mesir Oktober ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Papar Abd Salim Karim telah menyampaikan sebanyak RM1150 kepada Fariha yang dikumpul melalui sumbangan orang ramai.

“Alhamdulillah, terima kasih PAS Papar dan mereka yang menyumbang. Semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat. Moga Allah reda dan jadi asbab ke syurga,” ujar Fariha semasa dikunjungi.

Kutipan dana telah dibuat oleh Lajnah Kebajikan PAS Papar untuk membantu meringankan beban Fariha untuk menampung kos perjalanan ke Universiti Al-Azhar Mesir bagi menyambung pelajarannya di sana selama 3 tahun.

“Semoga dipermudahkan perjalanan ke sana. Tuntut ilmu sebaiknya dan amalkan untuk disampaikan kepada masyarakat. Kami mengharapkan Fariha dapat menabur ilmu kepada mayarakat setelah tamat pengajian nanti. Semoga beroleh kejayaan,” kata Abd Salim.