Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Jasa Wira Negara Mempertahankan Tanah Air

753
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

JASA WIRA NEGARA MEMPERTAHANKAN TANAH AIR

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli iaitu anggota Batalion 3 PGA Pasukan Gerakan Am (PGA) yang telah meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan Malaysia – Thailand pagi tadi.

Pemergian mendiang sebagai wira merupakan kehilangan yang besar buat negara. Justeru, jasa dan pengorbanan beliau perlu dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

PAS turut mendoakan kesembuhan buat rakan setugas mangsa, Kpl. Norihan A/L Tari yang cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
24 November 2020 | 8 Rabiul Akhir 1442