Home Artikel PAS Melaka

Pesakit buah pinggang dibantu PAS Kawasan Masjid Tanah

327
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, Nov 24 : Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Kaw Masjid Tanah, Cikgu Arshad Md Som telah menziarahi seorang pesakit buah pinggang, Azhar Alias di kediamannya di Kampung Paya Lebar, Ramuan Cina Besar, di sini, kelmarin.

Menurut Azhar buat masa ini isteri beliau terpaksa menggalas tanggungjawab mencari rezeki bagi menanggung kehidupan sekeluarga kerana situasi yang beliau hadapi sekarang ini.

Beliau yang mempunyai lima orang anak itu perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu yang memerlukan kos yang agak tinggi namun begitu beliau terus tabah menghadapinya.

Namun menurut Azhar, ada juga di kalangan ahli kariah berhampiran yang memberi sumbangan untuk beliau secara bulanan.

Sementara itu Cikgu Arshad yang juga Pengerusi MTD Ayer Limau dalam ziarah ini telah menghulurkan sumbangan berupa barangan dapur bagi meringankan beban ditanggung beliau sekeluarga.

“Saya harap agar lebih ramai lagi yang turun membantu bagi meringankan keperitan hidup yang sedang ditanggung oleh beliau dan keluarganya,” ujar Cikgu Arshad kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika ditemuramah seusai lawatan ini.

Turut sama dalam ziarah ini ialah Ketua Muslimat MTD Ayer Limau, Ustazah Zainon, AJK PAS Kawasan Masjid Tanah, Cikgu Hadun dan beberapa orang AJK yang lain.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)