Home Berita PAS Kedah

Janji YB bantu pesakit kencing manis ditunaikan

36
SHARE

Oleh MOHD RAMLIE

KUPANG, 13 Okt – Janji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang Brigadier Jeneral Dato’ Najmi Ahmad untuk menyumbangkan sebuah katil khas kepada seorang pesakit kencing manis dan sawan ditunaikan.

Katil pelbagai fungsi itu  disampaikan wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang kepada  keluarga Siti Jauiah Abdul Hamid, 57, di Kampung Charok Sikin,  Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mohd Rosli Salleh berkata, Najmi telah menziarahi pesakit beberapa minggu lalu.

“Dalam kunjungan itu beliau telah bersetuju menyumbangkan sebuah katil khas kepada pesakit .

“Alhamdulillah, ia telah ditunaikan. Terima Kasih YB yang sudi ambil berat masalah penduduk kampung saya,” katanya kepada media PAS Baling hari ini.

Beliau berkata, keluarga Siti Jauhiah yang tidak mempunyai pendapatan tetap tidak mampu membeli katil berkenaan.

“Pesakit telah menderita kencing manis sejak tujuh tahun lalu dan kaki kirinya terpaksa dipotong tiga tahun lepas.

“Siti Jauhiah sering jatuh daripada katilnya apabila diserang penyakit sawan.

“Dengan adanya katil yang ada penghadang  serta pelbagai fungsi ini, dapatlah menghalang Jauhiah dari terus jatuh katil jika diserang sawan,” katanya.

Beliau berkata, ADUN Kupang merangkap Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia itu sekali lagi menziarahi Jauhiah dan keluarganya pada Khamis lalu dan menyampaikan sumbangan tunai bagi membaik pulih bahagian rumah yang dhaif.