Home Berita PAS Kedah

Dapur runtuh akibat hujan lebat

35
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

KULIM, 13 Okt – Dapur sebuah rumah di Kampung Padang Ubi milik Rapiah Nuri runtuh selepas hujan lebat lebih dua jam melanda kawasan itu baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, YB Dato’ Ashah Ghazali berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah hakisan tanah yang berlaku dibahagian dapur.

“Akibat kejadian itu sumbangan telah diberikan kepada pemilik rumah bagi menampung kos baik pulih yang ditanggung,” kata beliau.

Ashah Ghazali yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat berkata pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas akan berusaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi ini.