Home Berita PAS Kedah

ADUN Bayu baik pulih infrastruktur rosak akibat banjir

26
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

BALING, 13 Okt – Masalah banjir kilat yang merosakkan infrastruktur jalan dan jambatan penduduk Kampung Rambong Batu 7 dan Kampung Kelian Dalam akhirnya selesai selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, YB Nasir Idris turun meninjau kawasan tersebut.

ADUN Bayu itu berkata penduduk disini meluahkan bahawa mereka sudah lama terputus hubungan akibat jambatan yang menjadi laluan utama rosak teruk disebabkan tebing sungai yang runtuh.

“Saya dan petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bayu telah meninjau keadaan jambatan di Kampung Rambong Batu 7 yang runtuh dan menyumbang alatan yang diperlukan.

“Sumbangan tangki konkrit, batu-batuan juga telah diberikan kepada penduduk Kampung Kelian Dalam untuk menyelesaikan isu perparitan dan kerosakan jalan” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada penduduk yang bergotong royong membaik pulih infrastruktur yang rosak.