Home Berita PAS Johor

Janji PH macam Puteri Gunung Ledang – Presiden PAS

273
SHARE

Oleh : Nazirul Munir

Batu Pahat : Pakatan Harapan (PH) buat menifesto berjanji untuk menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam, hapuskan tol, PTPTN, macam janji Puteri Gunung Ledang minta dengan Raja Melaka untuk  berkahwin.

Demikian dinyatakan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu berucap dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional Negeri Johor di Padang Awam, Taman Pasak Indah, Felda Pasak, Kota Tinggi malam tadi.

“Allah mengajar kita baru-baru ni pilihan raya ke-14 setelah kita memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional UMNO selama 60 tahun lebih, tidak berubah, kecuali di Kelantan, Terengganu dan Sabah ada perubahan.

“Bila berlaku wabak politik wang, rasuah, beberapa pimpinan UMNO keluar dari UMNO dan tubuh Bersatu. Bersatu ajak PAS lawan UMNO, kita tolak kerana waktu tu ada PKR, DAP ada PAN dalam parti tu.

“PAS baru sahaja berpisah dengan DAP, satu parti yang ekstrim bukan macam Gerakan. Terang-terang anti-Islam, anti-Melayu, anti raja-raja,” kata beliau.

Abdul Hadi yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional turut menyatakan DAP yang menubuhkan PAN dan MUDA untuk mendapat undi orang melayu dan anak muda.

“Kita (PAS) sokong Perdana Menteri (Ismail Sabri), lepas tu mereka buat pilihan raya, selepas Melaka, Johor, selepas Johor tak tahu mana pula. Satu-satu menyusahkan rakyat.

“Rakyat Johor kena ajar dia (UMNO), jangan dicucuk hidung. Beri kepercayaan kepada Perikatan Nasional. Perikatan Nasional kita tubuh tidak berjanji, tapi buat.

Majlis yang dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dihadiri oleh Pengerusi STAR, Datuk Seri Jeffrey G. Kittingan, Pengerusi SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Pengerusi Bersatu, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Setiausaha PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menyatakan rundingan kerusi antara parti dalam Perikatan Nasional sudah selesai.

“Rundingan dalam waktu seminggu sudah selesai, 56 kerusi semua parti ada. Senarai calon pun sudah sedia.

“Kita akan bawa senarai calon kepada pihak PDRM, SPRM dan Insolvensi untuk mengetahui samada dia bankup atau tidak supaya mereka ini cukup bersih.

“Semua calon-calon yang akan dipilih parti-parti dalam Perikatan Nasional perlu angkat sumpah menentang rasuah dan tidak akan salah guna kuasa,” katanya.