Home Berita PAS Negeri Sembilan

Usrah kali pertama muslimat cawangan Springhill, Port Dickson

239
SHARE

Oleh ANA MUSLIMAH

PORT DICKSON ,18 Februari : Muslimat cawangan Springhill buat julung-julung kalinya berjaya mengadakan usrah kali pertama bertempat di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Mukmin dan telah berjalan dalam suasana penuh ukhuwah.

Turut hadir, Ketua Muslimat (KM) Cawangan Springhill, Ustazah Radziah Abdullah, Naib Ketua Muslimat, Rozita Tumiran, Guru Kanan PASTI Al- Mukmin, Siti Salina Sameon serta 13 orang guru PASTI tersebut.

Menurut Rozita Tumiran, beliau berasa gembira dengan sambutan yang amat baik diberikan oleh muslimat apabila melihat kehadiran yang ramai.

Beliau berharap agar muslimat yang mendapat tarbiyah melalui usrah di cawangan masing- masing dapat bergerak aktif mendokong parti PAS untuk menegakkan Islam.

Manakala, Ustazah Radziah pula menegaskan bahawa usrah yang dilaksanakan bertujuan untuk mengikat ukhuwah sesama muslimat dan sentiasa bersama membantu gerak-kerja serta turut memberi buah fikiran untuk memacu kejayaan perjuangan PAS di peringkat cawangan dan kawasan.

Katanya lagi, “Ukhuwah yang terjalin setiap ahli yang datang berusrah dapat melahirkan sifat cakna sesama kita sebagai sebuah keluarga di dalam PAS.”

Pimpinan muslimat kawasan yang turut hadir dalam usrah tersebut ialah Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Kawasan PD, Nor Syara Azizan Husin.