Home Berita PAS Melaka

Jangan leka, jaga keikhlasan, kunci amalan diterima – TG Zulkifli Ismail

571
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

HANG TUAH JAYA, 16 Ogos – “Sentiasa bersedia dan menjaga keikhlasan dalam gerak kerja, jangan cepat selesa dengan kedudukan PAS hari ini, walaupun telah berjaya menduduki kerajaan bersama kerajaan Perikatan Nasional.”

Itu antara amanat yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) kali ke-51 yang berlangsung di Dewan Raja Haji Fi Sabilillah, Bukit Baru, di sini pagi tadi.

“Allah SWT mengingatkan, walaupun telah berjaya dalam peperangan Uhud, jangan kita berasa dah boleh tenang, dah boleh beradu, dah boleh abaikan gerak kerja, kerana bersiaplah untuk menerima ujian dan dugaan berterusan.” tegasnya.

Ulasnya lagi, ujian yang berterusan itu akan datang daripada faktor luaran iaitu musuh perjuangan ataupun faktor dalaman seperti kekayaan dan harta yang diperolehi.

Di akhir ucapannya, beliau menggesa ahli PAS agar sentiasa menjaga keikhlasan dengan Allah SWT agar setiap usaha dan amalan yang dilakukan dalam perjuangan diterima Allah SWT.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)