Home Artikel PAS Sarawak

PAS Beting Maro Sedia Hadapi Pilihan Raya

276
SHARE

Pusa, 16 Ogos 2020 : Majlis Tindakan Dun (MTD) Beting Maro hari ini telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi menyelaras jentera peringkat Dun dan Cawangan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri dan umum akan datang.

Menurut Pengarah MTD Beting Maro Hipni Bakeri berkata, penglibatan 20 orang wakil daripada 20 cawangan seluruh Beting Maro hari ini telah memberi maklum balas terhadap kesediaan setiap cawangan untuk berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa. Beliau juga turut mengarahkan supaya semua jentera parti seperti pooling agent(PA) dan counting agent(PA) yang terdiri dari orang tempatan untuk mengemaskini kemahiran kerja-kerja berkaitan.

Turut hadir mesyuarat pada hari ini adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak Zulkipli Ramzi dan Ketua Penerangan PAS Sarawak Zharudin Narudin. Dalam ucapan penutup, Zharudin memberi ingatan kepada semua yang hadir agar fokus dengan kerja-kerja kebajikan dan bekerja memenangkan parti pada pilihanraya yang akan datang. “PAS mesti mempunyai suara di dalam Dewan Undangan Negeri akan datang bagi membawa aspirasi rakyat khususnya di Beting Maro dan Sarawak keseluruhannya”, kata Zharudin. Tambahnya lagi, “Kita juga sangat menghargai usaha setiap cawangan yang cakna dengan isu kebajikan dan turun padang bertemu masyarakat.”

Terlebih dahulu disebelah pagi, Zharudin dan rombongan telah bersama PAS Cawangan Sg.Janggo, Kampung Semarang menziarah orang sakit dan keluarga pengantin baru di situ. Ianya adalah rutin sejak sekian lama PAS turun menziarahi setiap kali berlaku kematian, perkahwinan atau orang sakit. Kerja-kerja kebajikan ini adalah sinonim dengan agenda Negara Berkebajikan PAS.

Media:
PAS Batang Lupar