Home Berita PAS Melaka

Berusaha dan berserah – Ibrah dari kisah Maryam A.S -TG Zulkifli Ismail

705
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

HANG TUAH JAYA, 16 Ogos : Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail mengingatkan aktivis muslimat dengan kisah Maryam A.S yang disebut dalam Al-Quran sebagai seorang srikandi Islam yang mengajar manusia tentang akidah.

“Ia adalah tentang berusaha dalam setiap keadaan, tapi dalam masa yang sama tidak melupakan sandaran hanya kepada Allah SWT.

“Allah memuji dan menyebut golongan Islam di dalam Al-Quran dengan sebutan yang memuliakan agar ia menjadi contoh kepada golongan yang beriman.” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, begitulah seharusnya sikap orang mukmin yang tidak boleh berputus asa, lebih-lebih lagi dalam perjuangan memperjuangkan serta mempertahankan agama Allah SWT.

Beliau menyampaikan nasihat ini ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Melaka kali ke-51, Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) kali ke-51 yang berlangsung di Dewan Raja Haji Fi Sabilillah, Bukit Baru, di sini pagi tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)