Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
PADANG TERAP, 29 MEI – Kemeriahan sambutan Aidilfitri di Majlis Jamuan Rumah Terbuka PAS Kawasan Padang Terap hangat dirasai selepas dibanjiri dengan kehadiran lebih 5000 pengunjung di Komplek PAS Padang Terap, Barokhas, Jumaat lalu.
Bermula jam 8 malam, orang ramai diberi peluang menikmati 14 juadah yang disediakan sendiri oleh Jawatankuasa PAS cawangan-cawangan Kawasan Padang Terap.
Sementara itu, ADUN Kuala Nerang, YB. Hj. Munir @Muhammad Yusoff Zakaria serta ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin turut berkemsempatan menzahirkan penghargaan kepada pengunjung kanak-kanak yang hadir dengan memberikan sampul duit raya kepada mereka.
Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz serta Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Padang Terap mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adun-adun PAS Kedah, kepimpinan Badan Perhubungan PAS Kedah dan seluruh tetamu yang hadir memeriahkan suasana rumah terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Padang Terap.
Dan kepada jawatankuasa perlaksana majlis, PAS cawangan-cawangan, seluruh petugas-petugas dari unit keselamatan, Jabatan AMAL,unit persiapan tempat,unit penerangan,bentara,pramusaji, kebersihan,protokol dan unit teknikal,media dan it.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah ADUN Ayer Hitam YB Cikgu Azhar Ibrahim dan isteri, ADUN Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat,Ustaz Abdul Hadi Omar, Ydp PAS kawasan Jerlun Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Jabatan-jabatan,Ustaz Mohd Nasir Zakaria,Umno bahagian Padang Terap, PAS Kawasan Kuala Kedah Mohd Rashidi dan Anak-anak yatim Kampung Rambutan.