Home Berita PAS Johor

Kerajaan dan pembangkang pelengkap – Dato’ Mohd Amar

57
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Mersing, 27 Mei : Kerajaan dan pembangkang ini pelengkap antara satu sama lain. Bergaduh hanya dalam dewan sahaja.

“Kerajaan tak boleh hidup kalau tak ada pembangkang. Pembangkang juga tak boleh nak bangkang kalau gam ada kerajaan”.

Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah dalam majlis sambutan hari raya PAS Negeri Johor di Mersing Harbour Center di sini harini.

Beliau yang juga merupakan timbalan menteri besar Kelantan turut menyatakan pembangkang mesti menyuarakan idea dan mengkritik dengan asas.

“Kita dalam PAS dan Perikatan Nasional berusaha mengemukakan pandangan-pandangan dan teguran-teguran sebagai check and balance kepada kerajaan.

Banyak saranan dan idea yang telah dikemukakan oleh pimpinan PAS akhirnya dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional sebagai contoh penubuhan Universiti Islam, pajak gadai Islam, Bank Islam. Ini antara benda yang disuarakan pimpinan PAS tahun 60an dulu”, tambah beliau.

Dalam ucapannya lain, beliau menyatakan walau menang satu kerusi di Johor, perlu menyampaikan risalah Islam yang menjadi asa dan matlamat perjuangan PAS.

“Kita tengok dari segi masakan, garam bukan bangak kita letak dalam masakan, tapi denga adanya garam yang sedikit itu, masakan menjadi sedap.

“PAS ni kalau boleh dengan satu kerusi boleh membantu kerajaan negeri untuk merangka dan melaksana program yang menepati kehendak agama.

“Orang Johor dari segi ilmu dan kefahaman agamanya tinggi kerana mereka ada sekolah petang (sekolah agama). Tak ada negeri lain macam Johor. Kalau boleh masing-masing menggunakan ilmu dan semangat untuk tegakkan agama”, ujar beliau.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan dari Duat Buskers dan pelajar SRITI Tahfiz An-nur Mersing.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin, Pengerusi Sidang Assabiqun Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Dato’ Rashid Hasnon, ADUN Maharani Abdul Aziz Talib, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor serta Yang di pertua kawasan-kawasan.