Home Berita PAS Kelantan

Jambatan Palekbang-Penambang bakal kurangkan 34 peratus trafik

1716
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 15 Sept: Jambatan Palekbang (Tumpat) dan Penambang (Kota Bharu) yang akan dibina pada Januari 2022 dan dijangka siap pada Julai 2024 ialah sebahagian dari Jalan Lingkaran Dalam Kota Bharu menghubungkan Kota Bharu ke sempadan Malaysia -Thailand.

Pengurus Besar Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Pejabat Negeri Kelantan, Dato’ Wan Mohd Hasnan Abdullah memaklumkan, pembinaan Jambatan Palekbang sepanjang satu kilometer itu akan menyuraikan trafik di jalan utama dalam bandar Kota Bharu dengan lebih efisen serta mengurangkan purata 34 peratus trafik di Jambatan Sultan Yahya Petra.

“Jambatan Palekbang ini juga akan dijadikan jalan pintasan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke Tumpat dan sebaliknya tanpa melalui bandar Kota Bharu serta akan bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan baharu di jajahan Tumpat”, katanya ketika dihubungi.