Home Berita PAS Kelantan

Tokoh Hijratul Rasul terima anugerah

100
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

KOTA BHARU, 15 Sept: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menyampaikan anugerah kepada Tokoh Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1443H/2021M, Dato’ Hajjah Faridah Mat Saman di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim pagi ini.

Tokoh menerima hadiah RM10 ribu berserta sijil.

Turut bersama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, YB Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), YB Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh dan para pegawainya.