Home Artikel PAS Melaka

JAM membina pelapis kepimpinan masa hadapan

302
SHARE

Oleh HANIFF ABD RAHIM

KUALA SELANGOR: JABATAN Amal Malaysia (JAM) di bawah bahagian Pelapis JAM kerjasama Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Malaysia yang baru sahaja selesai mengadakan program Train Of Trainer Pelapis (TOT) siri 1, tahun 2019 berlangsung pada 8-10 November bertempat di Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar, Kuala Selangor baru-baru ini.

Seramai 152 orang guru dalam kalangan SRITI dan Sekolah Tahfiz swasta dari seluruh Malaysia, berkampung dalam program itu bagi menjalani latihan-latihan khusus yang diselia oleh jurulatih JAM.

Program TOT Pelapis ini, pertama kali diadakan bagi melahirkan jurulatih dalam kalangan guru Sekolah dan memperkenalkan unit beruniform iaitu Briged Amal dibawah JAM untuk dimasukkan dalam silibus Ko-Kurikulum Sekolah.

Ahli Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Ustaz Azam Abd Samat yang merupakan Pengarah SRITI Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JAM khususnya jurulatih diatas penganjuran, memperkemaskan silibus Ko-Kurikulum dan seterusnya diguna pakai oleh SRITI seluruh Malaysia.

“Saya berharap, pihak guru menerima amanah ini dengan rasa tanggungjawab agar dapat memberi kebaikan kepada anak-anak murid dan mendidik sehingga menjadi pelapis kepimpinan dan berdisiplin dengan adanya Tunas Amal ini,”katanya.

Sementara itu, majlis perasmian penutup program TOT Pelapis JAM yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Tuan Norazman Ishak berkata pihak JAM akan terus bekerjasama dengan SRITI termasuklah Sekolah swasta bagi melaksanakan Ko-Kurikulum dibawah silibus JAM.

“Program TOT ini, diharap para guru dapat mengajar anak-anak murid semula dan memberikan kefahaman jelas yang bukan hanya sekadar sebagai unit beruniform tetapi merupakan teras sukarelawan bagi melahirkan amilin dan kepimpinan ummah.

“JAM akan memberikan sokongan dan dokongan kepada semua pihak agar usaha ini juga dapat dibentuk dalam generasi awal sekolah, seterusnya mereka nanti akan menjadi golongan pakar yang berguna kepada masyarakat,” katanya pada majlis perasmian penutup program tersebut.

Program tiga hari dua malam itu, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh penganjur seperti bengkel kawad kaki, latihan kebombaan, latihan ikatan, bantu mula (Medik), solat berjamaah dan lain-lain.

Dalam upacara majlis perasmian penutup tersebut, turut diadakan penyampaian sijil dan pentaulihan pangkat kepada Pegawai Latihan Briged Amal Sekolah (SRITI).

Turut hadir, Pengarah bahagian Pelapis JAM Tuan Zulkifli Muhyidin, Timbalan Ketua Pengarah III SRITI, Ahmad Subhi Marzuki Che Rezab, dan ahli jawatankuasa program TOT Pelapis 2019.