Home Artikel PAS Pulau Pinang

Kursus Induksi langkah kesiapsiagaan menuju PRU15

172
SHARE

KEPALA BATAS: Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Induksi Pilihan Raya melibatkan pimpinan dan sekretariat di semua peringkat Negeri, Parlimen dan Dun yang diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Pongsu Seribu, di sini.

Ianya sebagai langkah kesiapsiagaan dan pemerkasaan Jentera Pilihan Raya PAS ke arah menghadapi PRU15 menerusi pendedahan berkenaan teknik dan perancangan berstrategik serta penekanan kerja yang dilaksanakan secara ‘smart’, kelmarin dahulu.

Para peserta mengikuti beberapa pembentangan termasuk yang disampaikan Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Wan Asrul Afendi Muhammad dan Ketua IT dan Data Apps, Mohd Nasri Mohd Zaid, selain turut dibuka sesi dialog dua hala dengan peserta.

Peserta turut mengikuti sesi khas pembentangan daripada Timbalan-timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang iaitu Hussain Sazlan Md Ghazali dan Mohd Hafiz Kasim.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali, keterlibatan PAS dalam demokrasi pilihan raya bakal menatijahkan landskap politik lebih baik dari kerjasama Muafakat Nasional.