Home Artikel PAS Pahang

Ustaz Rosli: Aku budak pondok

322
SHARE

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

 

Remaja dizaman memondok, seiring dengan usia. Perkembangan sosial juga menjadi satu cabaran hebat kepada pelajar pondok. Zaman saya remaja, budaya hedonisme sedang membadai jiwa remaja dizaman itu, sangat kuat rempuhan ombaknya, sehinggakan ada juga pelajar pondok yang terpengaruh dengan suasana itu. Saya juga datang kepondok dengan meragakan pakaian budaya tersebut”.

 

Semuanya dilucutkan dengan ikhlas kerana perasaan inginkan perubahan dan sesuatu yang lebih baik buat diri, “yakinlah semakin kita hampir dengan agama maka semakin kita akan beroleh kebaikan pada diri kita”, ini antara nasihat ketika mula daftar masuk Pondok, saya akur dan tidak pernah lagi memakainya sehingga kini.

 

Ustaz juga nasihatkan saya ” pakaian itu adalah gambaran jiwa, seorang itu boleh dilihat hatinya sama ada kuat cintanya atau tidak kepada Allah, Rasul dan agamanya, orang yang kuat imannya akan sedaya upaya mengikuti perintah Allah dan sunnah Rasulnya tidak kira ianya perkara yang berat seperti berperang, berjihad dijalan Allah, apatah lagi pada perkara yang ringan dan mudah dilaksanakan seperti berpakaian”.

 

Pernah kami dinasihati didalam Usrah Pondok oleh seorang guru kami juga Ketua PAS Cawangan:

 

“Mujahadah lah untuk merubah diri, jalan menuju syurga itu dipenuhi ujian, kita tidak mungkin dapat melaluinya tanpa pertolongan dan kasih sayang dari Allah swt, maka, laksanakan perintahnya, supaya kita beroleh kasih dan pertolongan dariNya, mulakan dulu dengan perkara2 yang mudah, seperti berpakaian, cara makan minum, bercakap dan lain2, InsyaAllah akan dipermudahkan pula oleh Allah untuk kita laksanakan sesuatu yang lebih berat”.

 

“Rezeki Allah swt bagi pada sesiapa sahaja tak kira dia Islam atau tidak, tapi Syurga Allah hanya bagi pada yang Dia kasih, orang yang Allah kasih akan beroleh rahmat, tanda orang dapat kasih Allah ialah terasa manisnya dalam melaksanakan perintahnya walaupun seberat2 perintah seperti jihad fi sabilillah, orang lain tengok apa yg kita buat ni berat, tapi kita akan dapat laksanakan dan rasa seronok melaksankannya kerana kemanisan itu ada dalam hati kita “:

 

” ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا،

 

“Tiga perkara apabila ada didalam diri seseorang itu, dia mendapat kemanisan iman, iaitu (salah satunya adalah); hendaklah Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selainnya (H.R Bukhari)

 

Pesannya lagi :

“Kejahatan itu tidak pernah melupakan kita, tapi kita kena berusaha melupakan kejahatan, kejahatan sentiasa mengikuti kita, kita kena berusaha meninggalkan kejahatan”.

 

Penulis ialah

Pesuruhjaya PAS Pahang

Adun Tanjung Lumpur