Home Berita PAS Melaka

Jabatan Amal Hang Tuah Jaya Bantu Penduduk Sekitar Sempena Ramadan Dan Aidilfitri

693
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA : Jabatan Amal Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya telah menyerahkan kit dan wang tunai kepada penduduk yang memerlukan di sekitar kawasan Hang Tuah Jaya di sini semalam.

Sumbangan dan bantuan ini disampaikan oleh Ketua Komandan Jabatan Amal Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Mohd Luqman Abu Bakar.

Menurut beliau, kit dan wang tunai ini diberikan kepada penduduk sekitar kawasan Hang Tuah Jaya bagi meringankan beban sepanjang COVID-19 ini dan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Bukan sahaja untuk penduduk sekitar, malah sumbangan dan bantuan ini juga kita panjangkan untuk anggota Jabatan Amal Malaysia sendiri di kawasan ini sebagai tanda penghargaan susah payah mereka menjalankan tugas untuk membantu rakyat di sekitar Kawasan Hang Tuah Jaya dan kawasan lain.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak PAS Kawasan Hang Tuah Jaya dan sumbangan dari orang ramai untuk kit dan sumbangan wang tunai ini.” ujar beliau lagi.

Turut hadir bersama menyampaikan bantuan adalah AJK Lajnah IT dan Multimedia Dewan Pemuda PAS Kawasan Muhammad Fareed Abu Kasin.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)