Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah Kasih DMPWP Santuni Amilin PAS

460
SHARE

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

Kuala Lumpur – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (LKK DMPWP) terus komited menjaga kebajikan ahli melalui penganjuran Ziarah Kasih, kelmarin.

Dua orang amilin PAS telah disantuni dalam sesi ziarah kali ini iaitu Timbalan 2 Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Haji Mohd Yusoop Abd Hamid yang baru kehilangan bonda tercinta, Hajah Muzulihor bt Mat Dohon@Anjang Ahmad pada 15 Mei yang lalu dan Pengarah Nusaibah Wilayah Persekutuan, Liza Taufik atas pemergian suami tersayang tidak lama dahulu.

Sumbangan takziah tersebut disampaikan di dua lokasi berasingan iaitu di PASTI Jalan Gurney untuk Haji Mohd Yusoop dan di kediaman Liza Taufik.

Ketua DMPWP merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh telah hadir untuk menyampaikan kedua-dua sumbangan tersebut dan sempat memberi sedikit tazkirah semasa pertemuan diadakan.

“Semoga ruh bonda Cikgu Yusoop ditempatkan dalam golongan yang dikasihi oleh Allah SWT dan buat kita yang masih hidup, teruskan berlumba-lumba dalam membuat amal soleh agar nyawa kita diambil dalam keadaan terbaik InsyaAllah,” ujar beliau di akhir program.

Turut hadir bagi menjayakan program ini adalah Pengerusi LKK DMPWP, Zurina Din dan Ketua Pengarah As-Sabiqat DMPM, Hajah Khadijah Mahmud.

LKK DMPWP akan terus melaksanakan ziarah sebegini pada masa akan datang untuk memastikan kebajikan ahli terus terpelihara.