Home Berita PAS Wilayah

Muslimat PAS Batu Semarakkan Kasih Ramadhan

568
SHARE

Oleh : Maizatul Asida

BATU – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu (LKK DMPKB) meneruskan program tahunan Semarak Kasih Ramadhan bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat setempat kali ini di Kampung Batu Muda, kelmarin.

Program anjuran bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat Wilayah Persekutuan ini telah berjaya menyantuni para ahli PAS, masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di sekitar Kampung Batu Muda.

Program ziarah ini turut diselitkan dengan pengagihan sumbangan kepada warga emas dan golongan asnaf.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua DMPKB, Hajah Salbiah Abd Wahab.

Turut hadir menjayakan program ini ialah Pengerusi LKK DMPWP, Zurina Din dan AJK Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon Batu Muda, Nasimah Abdul Manaf.

Program Semarak Kasih Ramadhan merupakan sebuah projek mega di bawah kelolaan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia yang dilaksanakan setiap tahun di peringkat negeri dan kawasan seluruh Malaysia.

Walaupun program ini dilaksanakan dalam bentuk ziarah rumah ke rumah, pihak pelaksana tetap mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan langkah pencegahan penyakit berjangkit.

Segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan telah dipatuhi dengan sebaiknya.