Home Artikel PAS Johor

Isu Arak: PAR Negeri Johor menyokong penuh cadangan PAS Pusat dan memohon tindakan segera

500
SHARE

1. Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor menyokong sepenuhnya Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat serta Naib Presiden PAS di atas kenyataan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang memandang serius kes kemalangan maut disebabkan oleh pemandu mabuk.

2. Cadangan penggantungan pengeluaran, perniagaan dan penjualan arak serta penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian untuk bertindak segera menangani kes ini wajar ditekankan demi menunjukkan komitmen sebagai sebuah Kerajaan yang Prihatin terhadap kesejahteraan rakyat negara ini.

3. PAR Negeri Johor senada dalam menggesa Jabatan Kastam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak tegas menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka dirangkaian kedai serbaneka 24 jam. Walaupun mungkin memberi kesan kepada pendapatan daripada lesen tersebut, tetapi akibat buruk daripada bahana arak ini jauh lebih memudaratkan.

4. PAR Negeri Johor juga memandang serius setiap nyawa yang terkorban akibat daripada bahana arak ini, dan ingin menegaskan bahawa nilaian korban mangsa yang tidak berdosa ini bukan percuma.

5. Sebagaimana Kerajaan Malaysia serius menangani penularan pandemik Covid-19 demi kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, usaha menghalang kesan buruk daripada pemandu mabuk ini juga harus dipandang serius demi keharmonian negara secara amnya.

Azman Atmin
Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR)
Negeri Johor