Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (26 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

580
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 26 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Selain itu satu kes sembuh direkodkan di Mukim Bandar Melaka Daerah Melaka Tengah menjadikan mukim itu kini di dalam kategori hijau. Dan tiada kes kematian baharu dilaporkan di Negeri Melaka semalam.

Tambah laporan itu lagi, satu kes yg diklasifikasikan sebagai kes tempatan di mukim Batu Berendam telah diklasifilasikan semula sebagai kes import A (luar negara) di Daerah Melaka Tengah.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 10 orang
• Melaka Tengah : 1 orang
• Alor Gajah : 2 orang
• Jasin : 1 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 5
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 201 orang
Sedang dirawat : 10 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Batu Berendam : 1 (1 kes diklasifikasikan semula sebagai Kes Import)
Kes import : 5 (1 kes sebelum ini di Mukim Batu Berendam)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 28

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20



Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 26 Mei.

Menurut kenyataan akhbar KKM itu, dengan 187 kes baharu dilaporkan semalam, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7604 kes.

Tambah laporan itu lagi, daripada 187 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu tujuh warganegara Malaysia dan tiga pemastautin tetap yang merupakan pasangan kepada warganegara Malaysia.

Jelas laporan itu lagi, baki 177 lagi adalah kes penularan tempatan. Daripada 177 penularan kes tempatan itu pula, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat kes sahaja.

Laporan yang sama juga menyatakan terdapat 62 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6041 bersamaan 79.4 peratus.

Hanya tiga negeri dilaporkan telah merekodkan kes baharu iaitu Selangor (9 kes), Kuala Lumpur (177 kes) dan Negeri Sembilan (1 kes). Negeri-negeri lain tidak mencatatkan kes baharu semalam.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7604
Kes Baharu : 187
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1448
Kes ICU : 8
Kes Sembuh Baharu : 62
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6041
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)