Home Artikel PAS Melaka

Dewan Ulamak PAS Melaka Ziarah TKP Jasin Ustaz Hafiz Jasman

482
SHARE

Oleh : Abu Anas

JASIN : Prihatin dengan kesulitan yang dihadapi Timbalan Ketua Pemuda (TKP) PAS Jasin, Ustaz Muhammad Hafiz Jasman, Dewan Ulama PAS Negeri Melaka (DUPNM) telah menziarahi beliau di kediaman beliau di sini semalam.

Dalam kunjungan itu DUPNM juga telah menyerahkan bantuan segera berbentuk wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung Hafiz. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Bendahari DUPNM Ustaz Ahmad Faris Sulaiman.

Sementara itu Setiausaha DUPNM Ustaz Mohd Shafiq Ismail berkata DUPNM sentiasa memantau perkembangan dan kesihatan Hafiz yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa DUPNM.

Menurut beliau Hafiz baharu sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Besar Melaka sehari sebelum Hari Raya yang lepas.

“Ustaz Hafiz difahamkan mengalami komplikasi jantung bengkak dan menyebabkan degupan jantungnya laju tidak seperti biasa” ujarnya.

Tambahnya lagi kos rawatan dan ubatnya mencecah RM600 sebulan.

Selain itu temujanji untuk rawatan seterusnya ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dijadualkan pada bulan hadapan.

“Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka dalam masa yang sama merayu kepada dermawan dan sahabat handai terus membantu dan berdoa supaya Ustaz Hafiz dapat kembali ke medan dakwah, insya-Allah” ujar beliau mengakhiri temubual dengan Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka Zainudin Latif.

Kepada dermawan yang ingin menyumbang boleh terus menghulurkan sumbangan ke :

Akaun Maybank : 169963101433 Mohammad Hafiz Bin Jasman.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)