Home Berita PAS Johor

232 Orang Pelajar SRITI Sertai Acara Pra Fastaqim JDT

1632
SHARE

232 Orang Pelajar SRITI Sertai Acara Pra Fastaqim JDT

oleh : Aisyah Yamin

Parit Raja : Seramai 232 orang pelajar SRITI baru sahaja selesai acara sukan yang dipertandingakan sempena Pra Fastaqim JDT, di sini hari ini.

Beberapa acara sukaneka yang dianjurkan turut disertai oleh adik Suleiman Imam Jibrin, 7 tahun dari SRITI Al Ikhsan, Parit Raja, di mana beliau merupakan anak kepada pasangan warga Nigeria yang kini sedang menuntut di UTHM.

Menurut Ustaz Abdul Hadi Bin Harun, selaku Pengarah SRITI Johor merangkap Mudir SRITI Tahfiz Al Ikhsan, Parit Raja berkata Suleiman mudah bergaul dan tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi.

” Suleiman boleh berbahasa Melayu dengan fasih walaupun di rumah ibu dan ayahnya bertutur menggunakan bahasa Inggeris” ulas beliau semasa berkongsi perihal seorang lagi murid SRITI warganegara Filipina di SRITI Ar Ribat, Muar.

Ini membuktikan SRITI semakin diterima dan diyakini oleh masyarakat dalam memberi pendidikan awal kanak-kanak, di tambah pula, dengan penggubalan kurikulum yang seimbang antara ilmu dunia dan akhirat.

Terbaru, SRITI akan tampil dengan kokurikulum baru iaitu memanah sambil berkuda di bawah kerjasama AHRAC, Alternative Horse Riding And Archery dan bakal direalisasikan oeh seluruh SRITI termasuk 9 buah SRITI di Johor.