Home Berita PAS Johor

Calon Profesional Ini Akur Keputusan Parti

10632
SHARE

Pagi ini seperti beberapa pagi yang lalu ialah giliran saya ke Bakri Muar. Saya bertanding di Dun Simpang Jeram. Salah sebuah DUN yang PAS menang sejak dua penggal yang lalu. Saya telah diminta oleh PAS negeri Johor sejak beberapa tahun yang lalu untuk menggantikan Dr Sheikh Ibrahim yang merupakan ADUN di situ sebelum ini. Ini kerana Dr Sheikh ingin bersara dari politik buat sementara. Saya puas memujuk beliau untuk terus menaburkan bakti atas kapasiti saya sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Johor, namun beliau tetap dengan pendiriannya atas alasan yang tidak perlu saya nyatakan di sini.

Seusai solat subuh yang saya sempurnakan di surau kampung, biasanya saya akan bacakan beberapa hadis dari Kitab Riyadussolihin kepada qariah di surau. Satu rutin yang saya lakukan membaca hadis untuk kebaikan sendiri dan qariah yang saya sangat perlu kepada semua masyarakat. Alquran dan hadis ialah pegangan kita maka bacalah sebagai panduan kita semua.

Jadual hari ni agak padat. Dari berjumpa masyarakat di beberapa kedai makan, kemudian sempat ziarah beberapa pesakit, kempen di pasar2 dan ceramah di malam hari nya. Hmmm. Well Kenapa lah nak menyebuk2kan diri macam ni. “Alangkah baik nya Kalau dapat duduk rumah, tengok2 tv ke atau lepak2 kat kedai makan ngeteh bersama kawan2” terdetik di hati saya.