Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Bekas Brigedier Jeneral, Tokoh Agamawan Hadiah PAS Untuk Rakyat Kupang

2958
SHARE


Bekas Brigedier Jeneral, Tokoh Agamawan Hadiah PAS Untuk Rakyat Kupang

Oleh : Ibnu Rahim

PAS Kedah menawarkan calon profesional bagi warga Kupang dengan menampilkan Brigediar Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Hj Ahmad yang bakal merebut kerusi tersebut.

Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1951 dan merupakan mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)

Tahap Pendidikan beliau :
● Sek Kebangsaan Syed Syeh Kampung Jerai
● Madrasah Khairiah Kampung Pisang, Baling.
● Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak.
● Maktab Mahmud Alor Setar.
● Universiti Al Azhar, Mesir.

Berkongsi secara ringkas dari sudut pengalaman dan kerjaya, beliau pernah bertugas sebagai :

● Tenaga pengajar di Yayasan Khairiah, Baling (1978-1979)
● Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Pertahanan (1979-1986)
● Pada tahun 1986 ditauliah sebagai pegawai Tentera berpangkat Mejar dan memegang jawatan sebagai Pegawai Staf 2 Latihan dan Dakwah dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
● Kemudian dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel dan memegang jawatan Pegawai Staf 1 Perkhidmatan KAGAT
● Pada tahun 1995 beliau telah dinaikkan ke pangkat Kolonel dan memegang jawatan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera
● Selepas itu beliau dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral dan memegang jawatan yang sama hingga bersara pada tahun 2006.

Dalam kesibukannya sebagai pegawai tentera, beliau juga pernah memberi khidmat dan sumbangan sebagai :

● Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan
● Penel Syariah Tabung Haji
● Penel Syariah Halal Development Coperation HDC
● Nazir Masjid Al Ansar Tmn Keramat

Selain itu, walaupun beliau telah berjaya mendapat pencapaian yang membanggakan, beliau sentiasa rendah diri dengan masyarakat setempat.

Antara Kursus yang pernah dihadiri :
● Kursus Orientasi Ketenteraan.
● Kursus QCC di Institiut Pentadbiran Awam Negara (INTAN)
● Kursus Kemuftian di Darul Ifta’ Al Azhar, Mesir
● Kursus pendek di OCIS Oxford Centre For Islamic Studies.

Berdasarkan profil calon yang telah dikemukakan, N.31 Kupang berpotensi menjadi milik PAS seterusnya membina negara yang sejahtera.