Home Artikel PAS Johor

IMBUHAN KHAS DISEMBER GURU PASTI DAN SRITI KAWASAN BATU PAHAT

129
SHARE

Assalamualaikum wrt wbt.

Syukur alhamdulillah kita rafa’kan kepada Allah SWT di atas kurniaan-Nya yang tidak pernah terputus.

Sebagai menghargai pengorbanan dan jasa guru-guru PASTI dan SRITI kawasan Batu Pahat, PAS kawasan bersama ahli di semua peringkat telah dapat mengumpulkan sedikit Dana Imbuhan Khas guru PASTI dan SRITI kawasan Batu Pahat bagi tahun 2019.

PAS kawasan Batu Pahat telah bersetuju untuk memberikan Imbuhan Khas sebanyak RM300.00 kepada 25 orang guru dan petugas PASTI dan SRITI kawasan Batu Pahat.

Semoga imbuhan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan bebanan rakan-rakan guru PASTI dan SRITI kita.

Sekalung ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa istiqamah menghulurkan bantuan.

Semoga infaq diterima dan diberkati oleh Allah. Dikurniakan limpahan rahmat, kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat bersama keluarga. Aamiin

Jazaakumullahu khairal jaza’.

YDP PAS kawasan Batu Pahat
28 Rabi’ul Akhir 1441
25 Disember 2019