Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan Meneruskan Agenda Kebajikan

176
SHARE

Oleh : Mohd Shawizal Bin Mohd Wasli
25 Disember 2019

PUTATAN : Menjelang sesi persekolahan tahun 2020 yang akan bermula, semua ibu bapa sedang sibuk menyediakan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah.

Justeru itu, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Putatan, melalui Lajnah Kebajikan telah menganjurkan program Ziarah Kebajikan PAS Putatan bagi menyampaikan sumbangan berupa set kelengkapan asas persekolahan, iaitu beg, kasut dan buku-buku.

Ziarah kali ini berfokus kepada keluarga daripada kalangan saudara baru dan asnaf di tiga lokasi berlainan iaitu di PPR Sri Keramat, PPR Sri Serigai dan di Kg. Tombovo.

Rombongan Ziarah Kebajikan PAS Putatan diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Putatan, Asrul Samat, bersama ahli jawatankuasa dan petugas dari Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan.

Semasa sesi penyerahan kepada penerima di PPR Sri Serigai, Ketua Pemuda PAS Putatan telah menyatakan bahawa program ini adalah program yang dianjurkan oleh PAS Putatan pada setiap tahun.

Harapan beliau kepada semua penerima, agar sumbangan yang disampaikan dapat memberikan semangat untuk rajin ke sekolah dan menimba ilmu pengetahuan, serta sentiasa taat, hormat kepada ibu bapa dan tidak mengabaikan solat dan rajin membaca al-Quran.