Home Ketua Penerangan PAS Pusat

IM Sejahtera

287 views
SHARE

Sekali Serban Dililit. 93
25 Rajab 1439 / 11 April 2018

IM SEJAHTERA

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit

1. Saya menjalankan tanggungjawab perjuangan Islam yang digalaskan kepada saya oleh parti, di mana pun posisi yang ditempatkan.

2. Hari ini saya diposisikan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota bagi membawa cabaran PAS dalam PRU ke 14 bersama rakan-rakan yang lain.

3. Pada tahun 2004 (PRU ke 11), pertama kali saya diamanahkan oleh PAS untuk bertanding ialah di DUN Bukit Ibam dalam Parlimen Rompin Pahang Darul Makmur.

4. Tahun 2008 (PRU ke 12), saya sekali lagi diminta menggalas cabaran parti menyertai pilihanraya umum dan saya diumumkan bertanding di Parlimen Maran Pahang Darul Makmur.

5. Sementara tahun 2013 (PRU ke 13), saya ditaklifkan pula oleh PAS supaya bertanding di Parlimen Temerloh Pahang Darul Makmur.

6. Mendepani PRU ke 14 pada tahun 2018 ini, PAS menetapkan saya bertanding di Parlimen Indera Mahkota Pahang Darul Makmur.

7. Sebagaimana sebelumnya, Saya akur dan mematuhi ketetapan jamaei. Malah secara peribadi, sebenarnya ia lebih mudah kerana saya sememangnya bermastautin dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota ini sejak hampir 15 tahun yang lalu sehingga sekarang.

8. Saya hargai kepercayaan yang diberikan oleh jamaah. Namun ia bukan mengenai saya, tetapi ini adalah urusan perjuangan yang digerakkan secara kolektif. Saya hanya wakil yang dinamakan oleh parti.

9. Realitinya, PAS lah dengan segala prinsip dan dasarnya, objektif dan matlamatnya, agenda dan halatujunya, gagasan dan wawasannya, manifesto dan tawarannya, yang turun “bertanding” dengan mewakilkan saf kepimpinan dan calon pilihannya menyertai saingan pilihanraya dipentas demokrasi negara.

10. Justeru itu, saya, rakan-rakan seperjuangan dan pengundi amnya akan menyebut “Undilah PAS”, kerana ia bukan soal individu. Saya bukanlah siapa – siapa tanpa PAS yang menjadi wadah atau platform perjuangan saya dan rakan-rakan.

IM Sejahtera
Sejahtera Bersama Islam

Sekian.