Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Alhamdulillah, Kini Kami Ada Pilihan” – Pengundi

622 views
SHARE

Alhamdulillah, kini kami ada pilihan” – Pengundi

BATU : Kehadiran Ustaz Azhar Yahya Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan yang juga merupakan YDP Kawasan Batu dan jentera PAS di Pasar Malam PPR Batu Muda semalam disambut baik dengan respon yang sangat positif daripada para pengunjung, para peniaga dan masyarakat setempat di kawasan itu.

Kebanyakan para pengundi yang ditemui melahirkan rasa syukur dan berbesar hati apabila dimaklumkan bahawa PAS akan bertanding dalam PRU 14 ini sekaligus menjadikan mereka mempunyai pilihan untuk memilih calon Melayu dan Islam dalam kawasan tersebut.

“Alhamdulillah, sekarang kami dah ada pilihan. Dah lama dah di Batu ini tiada calon Melayu dan Islam. Nak tak nak, kami kena undi juga kali ini”, demikianlah antara maklum balas yang diberikan kepada PAS.

Ustaz Ahar Yahya apabila ditanya mengapa PAS tidak bersama dengan Pakatan Harapan, Beliau menegaskan “PAS tidak mahu terjebak dengan budaya politik propaganda dan fitnah untuk ‘survive’. Tambahan pula, Pakatan Harapan dilihat seolah-olah tidak mementingkan Islam, sudah pasti tindakan tersebut tidak menguntungkan Islam. Keutamaan PAS adalah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.” Ujar beliau

Ustaz Azhar Yahya juga sering menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau dalam Parlimen Batu itu. Beliau merupakan seorang tokoh masyarakat yang dilihat sangat dikenali dan dihormati oleh para pengundi.

Sebelum meninggalkan tapak pasar malam itu, beliau menyeru dan merayu agar para pengundi dapat memberikan sokongan dan undi kepada PAS dalam PRU 14 pada kali ini.