Home Berita PAS Kelantan

Idea bernas Wakil Rakyat Rantau Panjang bawa manfaat

39
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

RANTAU PANJANG, 26 Sept: Idea bernas cetusan Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff untuk memanfaatkan kuarters kosong milik Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) telah disokong oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan disambut baik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

YB Dato’ Siti Zailah yang juga Timbalan Menteri KPWKM memaklumkan, Kompleks Perumahan (lama) Kastam Rantau Panjang yang sudah tidak digunakan akan dibaik pulih untuk dibangunkan sebagai Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS).

“Cadangan awal, kita akan jadikan pusat sehenti kepada perkhidmatan dan aktiviti oleh jabatan dan agensi di bawah KPWKM merangkumi Pejabat Kebajikan Masyarakat Kecil, cawangan Rantau Panjang, Pusat Dalam Komuniti (PDK), Voluntary Center (V@C), Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK), Lokasi pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM), Pusat Latihan dan Pemerkasaan Klien JKM dan Pusat Aktiviti dan Kelas Latihan Kemahiran Wanita”, katanya ketika menyambut dan mengiringi kunjungan Menteri KPWKM, YB Datuk Seri Rina Harun yang mengadakan lawatan kerja ke Tapak Cadangan Pembangunan PSSS, hari ini.

Selaku tuan rumah, YB Dato’ Siti Zailah berterima kasih kepada JKDM dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada menteri atas kesudian hadir ke majlis penyerahan kunci daripada JKDM kepada KPWKM.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan melalui Ucapan Bajet Tahun 2021 telah memperuntukkan RM21 juta kepada KPWKM bagi penubuhanPSSS yang melibatkan dua komponen utama; penubuhan dan pengoperasian PSSS bernilai RM20 juta manakala RM1 juta lagi ialah kos penambahbaikan Sistem Talian Kasih.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periuk, Dato’ Mohamad Awang dan Pengarah JKDM, Mohd Rakbi Mat Saud.

#KelantanMakmur