Home Berita PAS Johor

Ibunda Nadir Al Nuri dan Musa Al Nuwayri terima anugerah Tokoh Al Khansa’

170
SHARE

Ibunda Nadir Al Nuri dan Musa Al Nuwayri terima anugerah Tokoh Al Khansa’

Oleh : AISYAA YASMIN

MUAR, 6 Ogos: Ibunda Nadir Al Nuri dan Musa Al Nuwayri, Zuryati Yasin terima anugerah Tokoh Al Khansa’ di sidang muktamar Muslimat Johor ke 34, semalam yang diadakan di Hotel Muar Traders.

Tokoh Al khansa,adalah adaptasi dari kisah Al Khansa Binti ‘Amr RA yang digelar ibu para syuhada yang mana, dikaitkan dengan Zuryati Yasin yang menginfakkan anak-anaknya untuk perjuangan Islam.

Anak beliau, Nadir Al Nuri Kamaruzaman merupakan seorang aktivis kemanusiaan di Gaza, Palestin dan turut menetap di sana.

Sementara seorang lagi anak beliau, Musa Al Nuwayri Kamaruzaman pula merupakan pengasas NGO Cinta Syiria Malaysia.

Beliau yang mempunyai lapan orang cahaya mata dan 16 cucu hasil perkongsian hidup dengan pasangannya, Professor Kamaruzaman Yusoff sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Dalam tempoh PKP lepas, beliau bersama Yayasan Amal Johor telah membantu pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan tablet bagi memudahkan urusan pembelajaran atas talian, pdpr.

Atas jasa dan pengorbanan beliau ini, Muslimat Johor telah menganugerahkan anugerah Tokoh Al Khansa ini kepada beliau.