Home Berita PAS Pahang

Diskusi Penulisan Berita suntik semangat wartawan rakyat

131
SHARE

Oleh SHAHERAWATI JUSOH

KUANTAN, 8 Ogos : Dua jam seakan tidak cukup apabila seramai 17 wartawan rakyat begitu bersungguh berbincang berkaitan kewartawanan dalam program Diskusi Penulisan Berita anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Zon Timur bertempat di Markas Darussalam, Permatang Badak, dekat sini, semalam.

Diskusi tersebut dipimpin dan dikelolakan oleh Editor Portal Berita PAS Pahang, Azahari Abdullah.

Azahari berkata, strategi pemberitaan haruslah mengikut kaca mata pembaca yang pada masa kini ramai mengikuti portal berita secara maya pilihan masing-masing.

“Wartawan rakyat perlu lebih kreatif dalam membuat berita untuk menjadikan berita yang dihantar ke meja editor adalah berita yang komprehensif serta menarik minat pembaca,” kata Azahari yang juga bekas pensyarah dan tenaga kerja sambilan di RTM Pahang.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Indera Mahkota, Habsah Ali yang mengetuai penganjuran program tersebut berkata, “Program seperti ini akan diperbanyakkan lagi. Diharap lebih ramai lagi ahli PAS yang mahu menyertai seterusnya menjadi penulis berita untuk akhbar Harakah dan Harakahdaily yang mata penanya mewakili suara pemimpin dan rakyat.

“Saya yakin mereka akan beroleh ilmu yang bermanfaat dan bakal digunakan dalam urusan kewartawanan di kawasan masing-masing nanti,” ujar Habsah.

Peserta yang hadir pada program diskusi tersebut adalah wartawan rakyat dari kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Pekan, Rompin dan Maran.