Oleh WAN AMIRUL
POKOK SENA, 3 Julai : Keperitan hidup seorang ibu tunggal di Padang Hassan di sini, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.
Pn Selasiah bt Mat Isa (43) menjaga anaknya Muhammad Khairul Naim bin Ismail (15) yang dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).
Kehidupan keluarga ini lebih teruji apabila suaminya yang menjadi tulang belakang kepada sumber kewangan keluarga ini telah meninggal dunia dua tahun lalu.
“Saya melihat sendiri kegigihan luar biasa ibu hebat ini menjaga anak istimewa itu dan kesabarannya melayan kerenah anak yang lain terutama anaknya yang paling kecil yang baru berusia tiga tahun itu.”
“Saya juga telah dimaklumkan bahawa keluarga ini telah mendapat bantuan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara bulanan”, katanya ketika ditemui oleh wartawan PAS Pokok Sena tadi.
Tambahnya lagi, sumbangan tersebut pasti tidak mencukupi kerana dengan duit sumbangan tersebut digunakan untuk keperluan anaknya yang OKU ini serta keperluan keluarga seperti sewa rumah dan makan minum.
Selain itu, kerana menjaga anaknya ini, ibu kental ini tidak berkerja dan tanggungjawab mencari nafkah keluarga telah dipikul oleh anak sulungnya yang terpaksa berhenti sekolah. Namun, sejak pelaksanaan PKP, beliau tidak lagi berkerja dan pendapatan mereka terjejas.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah salurkan sumbangan anda ke Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 0213041100007926 atas nama Pn Selasiah bt Mat Isa dan boleh hubungi beliau di talian 0179675712.
Ziarah tersebut turut dihadiri oleh Tuan Imam Masjid Padang Hasan, Ustaz Sofi bin Abd Kadir.
Wan Romani sempat meluangkan masa menziarahi seorang warga emas, Tok Che Nah bt Ismail (96) dan membuat lawatan tapak pembangunan Masjid Padang Hassan yang tergendala kerana kekurangan dana.
Di awal pertemuan Wan Romani sempat menyerahkan barang bantuan kapada wakil penduduk di sini untuk diedarkan kepada penduduk yang terkesan.