Home Berita PAS Kedah

Ibu terkejut terima RM10,000 Kafalah Ahli PAS, SKIMPAS

589
SHARE

KUALA KEDAH – Seorang ibu terkejut menerima cek sumbangan Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) daripada Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Dr Ustaz Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi bernilai RM10 ribu sempena program ziarah kebajikan PAS Kuala Kedah di Kampung Tok Jering, Mukim Pengkalan Kundor, di sini.

Rahmah Lit@Abdul Malek, 76 adalah waris Allahyarhamah Hasmiyah Abdul Rashid yang meninggal dunia akibat penyakit “Angin Ahmar” di kediamannya.

Ejen SKIMPAS, Muhamad Riadzuddin Musa yang hadir membawa sumbangan itu berkata, menurut rekodnya Allahyarhamah Hasmiyah yang masih bujang merupakan pencarum SKIMPAS yang saban tahun memperbaharui carumannya melalui PAS Kawasan.

“SKIMPAS ialah skim khairat kematian dan perlindungan kemalangan yang diuruskan oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat, operasinya diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak,” katanya

Menurutnya, ramai pencarum dan waris mereka telah menerima manfaat daripada kafalah skim ini sejak dilancarkan sejak tahun 2015.

“Caruman hanya RM55 setahun boleh dibuat melalui wakil SKIMPAS peringkat kawasan masing-masing,” jelasnya.

Turut hadir, Setiausaha PAS Kawasan, Rashidi Razak dan AJK cawangan terlibat.