Home Berita PAS Wilayah

30 keluarga PPR Sri Kedah terima daging korban

22
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 22 Julai: Seramai 30 keluarga menerima daging korban daripada PAS Kawasan Wangsa Maju di Madrasah It-Tithadiah, PPR Sri Kedah kelmarin.

Menurut Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri), ia adalah program tahunan membabitkan penerima asnaf berdaftar dengan madrasah berkenaan.

“Program ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan sikap prihatin terhadap golongan asnaf terutama fakir miskin,” katanya.

Sementara itu, YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud menjelaskan bahawa ibadat korban itu adalah program tahunan yang sering diadakan di Wangsa Maju.

“Tahun ini, kami cuba melakukan kelainan melalui kerjasama dengan PAS Cawangan Seri Kedah supaya agihan daging korban dapat dibuat terus kepada golongan asnaf.

“Di samping itu, kita juga berkongsi segala maklumat berkenaan pakej-pakej bantuan kerajaan seperti PEMULIH dan sebagainya yang boleh membantu golongan asnaf ini,” katanya.