Home Berita PAS Perlis

Guru PASTI Kangar terima daging korban

66
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 23 Julai: PAS Kawasan Kangar dan PASTI Kawasan Kangar telah menyerahkan sumbangan daging korban kepada para guru PASTI kawasan berkenaan semalam.

Penyerahan telah dibuat di PASTI As-Solehin, Behor Temak, dekat sini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar Ustaz Yussaine Yahya dan Pengerusi PASTI Kawasan Kangar Ustaz Mohd Suhairi Ghazali antara yang hadir dalam majlis berkenaan.

Menurut Suhairi, sumbangan daging berkenaan adalah tanda penghargaan PASTI kawasan kepada para guru di samping berkongsi kegembiraan menyambut Aidiladha dengan mereka.

“Alhamdulillah, meskipun serahan hanya dibuat secara pandu lalu dengan pematuhan SOP yang ketat, kegembiraan jelas terpancar pada wajah para guru pada hari ini.

“Harapan kami agar sumbangan daging korban ini dapat menambah seri sambutan Aidiladha guru-guru PASTI Kawasan Kangar seramai 55 orang.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis yang turut sama turun padang membantu melancarkan majlis kami pada hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini.