Home Berita PAS Kedah

Ibu Muda baru melahirkan anak, jadi tumpuan Ameerah Care Pokok Sena

98
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

POKOK SENA, 5 Dis – Seramai lebih 17 ibu muda yang baru melahirkan anak di Pokok Sena disantuni Ameerah Care dalam aktiviti ziarah, Jumaat lalu.

Setiausaha Ameerah Care, Ain Fadzlina Abdul Muin berkata ziarah Ameerah Care pada kali ini bertujuan menyerahkan sedikit sumbangan kit Ameerah Care berupa barangan kelengkapan selepas bersalin.

“Kami sangat gembira dapat menziarahi mereka walaupun sebentar untuk bertanya khabar, ada antara mereka masih mampu mengukir senyuman meskipun agak terkesan dengan pandemik ini”, katanya.


Tambahnya, aktiviti ziarah ini juga bertujuan memperkenalkan insentif Kerajaan Negeri Kedah kepada anak Kedah yang lahir pada tahun 2021 melalui Program Anakku Sejahtera.

Di bawah program ini, Kerajaan Negeri Kedah akan membuka akaun di ‘Simpan SSPN Prime’ sebanyak RM100 seorang dengan peruntukan RM1 juta ringgit setahun.

Ziarah pada kali ini turut dijalankan serentak di empat kawasan di Daerah Pokok Sena iaitu Derga, Bukit Pinang, Bukit Lada dan Pokok Sena.